awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan Pemilik Kedai Bangladesh tetapkan waktu tutup 8 malam bagi jimat tenaga

Bernama
Bernama
02/04/2026
12:23 MYT
Persatuan Pemilik Kedai Bangladesh tetapkan waktu tutup 8 malam bagi jimat tenaga
Langkah itu bertujuan menyokong inisiatif penjimatan tenaga kerajaan di tengah-tengah krisis tenaga antarabangsa yang sedang berterusan. - Gambar fail

Persatuan Pemilik Kedai Bangladesh memutuskan yang semua kedai dan pusat beli-belah di seluruh negara, termasuk di ibu negara Dhaka, akan ditutup setiap hari pada 8 malam bagi menjimatkan penggunaan elektrik dan bahan api.

Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS) melaporkan bahawa keputusan itu dibuat pada Khamis dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa Tetap persatuan dan Persatuan Pemilik Kedai Metropolitan Dhaka, menurut satu kenyataan media.
Langkah itu bertujuan menyokong inisiatif penjimatan tenaga kerajaan di tengah-tengah krisis tenaga antarabangsa yang sedang berterusan, menurut kenyataan itu lagi.
Walaupun arahan penutupan terpakai hanya kepada semua operasi runcit dan komersial di seluruh negara termasuk di ibu negara, persatuan itu memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan penting seperti hotel, farmasi, kedai perkhidmatan kecemasan dan pasar basah dikecualikan.
-- BERNAMA-BSS
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#kedai
#pemilik
#tenaga
#elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan