awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan untuk Kelantan akan ditambah - Anwar

Sinar Harian
Sinar Harian
12/05/2023
09:57 MYT
Peruntukan untuk Kelantan akan ditambah - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Pembinaan Stesen Pertama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Tunjong hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan akan menambah peruntukan kepada Kelantan dalam usaha meningkatkan kemudahan khususnya di negeri ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu melibatkan projek-projek pembangunan yang dilihat lebih besar berbanding semasa pembentangan Belanjawan Madani sebelum ini.
"Perkara itu saya akan umumkan malam ini pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani," katanya semasa menyampaikan ucapan semasa Majlis Pelancaran Pembinaan Stesen Pertama Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bandar Baru Tunjong di sini, pada Jumaat.
Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook; Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL), Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Sri Darwish Abdul Razak serta Pengarah Eksekutif China Communication Construction Company Ltd (CCCC), Lui Hui.
Menurut beliau, projek tersebut dijangka akan dapat membantu kerajaan Kelantan supaya tidak ketinggalan dari negeri-negeri lain.
Ujarnya, perkara itu dijangka menjadi khabar gembira kepada rakyat negeri ini. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tambah peruntukan
#Kelantan
#Anwar Ibrahim
#Ahmad Yakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan