awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perutusan Tahun Baharu 2024: 'Kita kuat apabila rakyat Sabah bersatu' - Hajiji

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
31/12/2023
09:05 MYT
Perutusan Tahun Baharu 2024: 'Kita kuat apabila rakyat Sabah bersatu' - Hajiji
Hajiji (tengah) berkata tiada kuasa dengan niat jahat boleh memecahkan Sabah selagi rakyat bersatu. -Astro AWANI
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata tiada kuasa dengan niat jahat boleh memecahkan Sabah selagi rakyatnya bersatu.
Katanya, sebagai Ketua Menteri, beliau komited untuk melihat Sabah yang dicintai kekal bersatu, makmur dan inklusif.
"Kita akan kuat hanya apabila kita bersatu; tiada kuasa dengan niat jahat boleh memecahkan kita sebagai rakyat Sabah.
"Dengan bersatu, kita akan dapat melawan sebarang percubaan untuk menjejaskan kestabilan dan untuk memastikan pembangunan dapat diteruskan tanpa halangan," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2024 pada Ahad.
Hajiji pada masa sama turun menyatakan rasa terharu dan bersyukur kepada orang ramai dan semua penyokong yang sehaluan dan telah menyokong serta percaya dengan keikhlasan pihaknya untuk melakukan yang terbaik bagi Sabah.
"Mari kita mengetepikan politik dan buang sebarang perpecahan yang hanya akan memecahbelahkan.
"Kita mesti melangkah ke tahun baharu dengan azam, bersatu dalam kepelbagaian, dan komited untuk melakukan yang terbaik mengikut mandat yang diberikan oleh rakyat," katanya.
Dengan sokongan daripada rakyat, Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri telah mengorak langkah yang baik dalam memajukan pelan pembangunannya iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
“Di ambang Tahun Baharu ini, sudah tiba masanya untuk merenung kembali tahun lalu dan menanti kedatangan tahun baru dengan harapan dan keyakinan.
"Walaupun menghadapi pelbagai cabaran sepanjang 2023, kita tetap teguh dalam melaksanakan agenda SMJ dan terus berada di landasan.
"Komitmen kita terhadap pertumbuhan akan terus kekal dan tidak berbelah bahagi," katanya.
Hajiji berkata Belanjawan Sabah 2024 berjumlah RM5.701 bilion yang diluluskan baru-baru ini adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di Sabah.
"Kita telah menyasarkan banyak peluang yang boleh dimanfaatkan oleh negeri dalam semua sektor.
"Kita akan terus membina kejayaan dan mengejar peluang pelaburan baharu untuk mewujudkan spin-off ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, semua kejayaan dan rancangan ini tidak akan bermakna tanpa gabungan usaha dan komitmen semua serta persekitaran yang kondusif untuk mencapai matlamat pembangunan itu.
Ketua Menteri mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dalam Kabinet, penjawat awam dan rakyat Sabah atas sokongan berterusan mereka dan mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua.
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#rakyat bersatu
#perutusan Tahun Baharu 2024
#Hala Tuju Sabah Maju Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan