awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat ringan buat pendaratan cemas di kilang kaca di Jasin

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
14/02/2023
06:49 MYT
Pesawat ringan buat pendaratan cemas di kilang kaca di Jasin
Dalam kejadian kira-kira 11.05 pagi, pesawat ringan itu dikatakan sedang membuat latihan penerbangan dan dalam perjalanan pulang ke akademi di Batu Berendam. - Foto PDRM
JASIN: Sebuah pesawat ringan dilapor melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang di sebuah kilang kaca di sini pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman berkata dalam kejadian kira-kira 11.05 pagi, pesawat ringan itu dikatakan sedang membuat latihan penerbangan dan dalam perjalanan pulang ke akademi di Batu Berendam.
“Pihak polis menerima panggilan daripada pekerja kilang kaca Xinyi di Lipat kajang bahawa terdapat satu kapal terbang ringan telah mendarat cemas di kawasan lapang kilang berkenaan.
“Juruterbang bersama jurulatih penerbangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan siasatan akan dijalankan oleh Badan Siasatan Kemalangan (MOT (manakala) siasatan pihak polis dan bomba tidak diperlukan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sementara itu CAAM dalam kenyataanya turut mengesahkan kejadian berkenaan berikutan berlaku masalah teknikal pada pesawat jenis Piper PA-28-181, 9MSKJ itu.
Pesawat berkenaan telah memohon kebenaran daripada Menara Kawalan Trafik Udara untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) bagaimanapun pesawat yang dikendalikan oleh Malaysian Flying Academy (MFA) terpaksa membuat pendaratan cemas.
“Penerbangan tersebut melibatkan seorang juruterbang dan seorang pelajar yang dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#pesawat ringan
#pendaratan cemas
#Jasin
#kilang kaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan