awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA serbu premis proses sisa plastik, jumlah rampasan RM2.432 juta

Reuters
Reuters
27/02/2026
02:29 MYT
PGA serbu premis proses sisa plastik, jumlah rampasan RM2.432 juta
Premis itu dipercayai beroperasi awal 2025 dan mendapatkan bekalan sisa plastik daripada kilang semikonduktor di kawasan sekitar. - Foto PGA Briged Utara
Polis menyerbu sebuah premis menjalankan pemprosesan sisa plastik tanpa kelulusan pihak berkuasa dan merampas pelbagai mesin serta biji plastik dengan nilai keseluruhan RM2.432 juta di Sungai Lembu di sini pada 24 Feb.
Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Balveer Singh berkata Op Taring Alpha 5 dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang dijalankan hasil maklumat risikan terhadap premis itu.
“Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an dipercayai pemilik premis dan pemeriksaan menemukan beberapa mesin mencuci, mesin penyemperit, 120 guni mengandungi plastik belum diproses dan 100 guni berisi bijian plastik siap diproses,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Balveer Singh berkata premis itu dipercayai beroperasi awal 2025 dan mendapatkan bekalan sisa plastik daripada kilang semikonduktor di kawasan sekitar.
Beliau berkata fasiliti dalam premis itu digunakan untuk memproses bahan dan bijian plastik yang telah diproses sebelum dihantar ke kilang berhampiran untuk menghasilkan produk berasaskan plastik.
Kes diserahkan kepada JAS Pulau Pinang dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA
#serbuan
#sisa plastik
#Sungai Lembu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan