awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu
PM Australia berlepas pulang, akhiri lawatan rasmi ke Malaysia
Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pijak al-Quran: Penuntut UMPSA dikenakan hukuman buang universiti - Naib Canselor

Bernama
Bernama
24/03/2026
10:35 MYT
Pijak al-Quran: Penuntut UMPSA dikenakan hukuman buang universiti - Naib Canselor
Pada 3 Mac, S. Vikneswaran, 21, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan telah mencemarkan suatu benda yang dipegang suci oleh penganut Islam, iaitu al-Quran dengan niat hendak mengaibkan agama itu pada 22 Feb lepas. - Gambar/ Be
Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial telah dihukum buang universiti.
Naib Canselor UMPSA Prof Yatimah Alias berkata proses tatatertib terhadap penuntut lelaki itu telah selesai baru-baru ini selepas Jawatankuasa Tatatertib Pelajar universiti itu bersidang pada 9 Mac lepas.
“Berdasarkan tindakan tatatertib, penuntut itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman dibuang daripada universiti mengikut Kaedah 58 Kaedah-kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak universiti berharap keputusan berkenaan dapat menjadi pengajaran kepada seluruh warga universiti sama ada mahasiswa mahupun staf agar lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan atau tindakan supaya tidak mencemar nama baik institusi.
Yatimah berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang penyebaran kandungan yang menghasut kebencian melibatkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) sehingga boleh mencetuskan ketegangan kaum serta menggugat keharmonian awam di negara ini.
Pada 3 Mac, S. Vikneswaran, 21, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan telah mencemarkan suatu benda yang dipegang suci oleh penganut Islam, iaitu al-Quran dengan niat hendak mengaibkan agama itu pada 22 Feb lepas.
Lelaki itu juga didakwa telah menggunakan akaun laman portal Threads “ryandaselva” secara sedar telah membuat dan melakukan penghantaran suatu komunikasi yang jelik melampau sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Mahkamah membenarkan penuntut itu diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan mengarahkannya melapor diri di balai polis setiap bulan, serta menetapkan 8 April ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMPSA
#3R
#pijak al-Quran
# Prof Dr Yatimah Alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan