awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP fasa 3: Beri alasan tak masuk akal, 29 ditahan ingkar arahan

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2020
23:26 MYT
PKP fasa 3: Beri alasan tak masuk akal, 29 ditahan ingkar arahan
Anggota polis sedang memeriksa seorang lelaki yang keluar ketika PKP dijalankan. -Astro AWANI
Memasuki fasa 3 perintah kawalan pergerakan (PKP), masih ada lagi individu yang degil dengan memberi alasan tidak masuk akal untuk berada di luar rumah.
Kelakuan pentingkan diri sendiri itu akhirnya menerima padah apabila 29 individu ditahan dalam operasi bersepadu pematuhan PKP yang dijalankan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi.
Kesemua mereka, termasuk 15 daripadanya warga asing, diberkas ketika sedang berlegar-legar di luar rumah di sekitar kawasan Subang.
Hasil pemeriksaan mendapati ada antara warga asing tidak memiliki paspot.
Mereka dibawa ke Balai Polis Kampung Baru Subang untuk direman dan dikenakan tindakan siasatan mengikut Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata operasi kali ketiga ini tertumpu di kawasan perindustrian, taman perumahan, dan kedai.
Antara lokasi yang diperiksa pangsapuri dan flat dekat Kampung Melayu Subang, Subang Bestari, Pekan Subang dan Subang Permai.
"Tangkapan setakat ini semakin meningkat dan apabila menjelang esok (hari ini), fasa 3, kita rasa kalau masyarakat masih juga berdegil tidak mematuhi arahan perintah ini, tindakan tegas akan kita jalankan secara total," kata Mohd Rashidi.
Operasi bermula jam 8 malam dengan diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh DSP Zainuddin Abdul Hamid dilaksanakan dengan kekuatan 110 anggota daripada MBSA, PDRM dan Pejabat Tanah Daerah Petaling.
Topic Berkaitan
#29 individu
#Akta 342
#Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
#COVID-19
#fasa 3
#koronavirus
#Mohd Rashidi Ruslan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Zainuddin Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan