awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran Iran boleh dilumpuhkan dalam satu malam jika ingkar perjanjian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPP dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
01/01/2021
06:13 MYT
PKPP dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021
Muhyiddin pada 28 Ogos lepas mengumumkan PKPP bermula 1 September sehingga 31 Disember lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR :Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sepatutnya tamat pada 31 Disember 2020 dilanjutkan lagi, bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021.
Warta ‘Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No. 7) 2020’ itu dikeluarkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Berdasarkan dokumen yang disebarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam aplikasi Telegram rasmi, dokumen tersebut bertarikh 31 Disember dan tertera nama Dr Adham.
Ia mula dikongsikan pada jam 12.37 tengah malam tadi dan MKN turut berkongsikan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang PKPP dilaksanakan.
Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No. 7) 2020
Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No. 7) 2020
Malam semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan perutusan khas sempena tahun baru dan menyatakan pelbagai isu termasuk usaha kerajaan dalam menangani COVID-19.
Begitupun, beliau tidak langsung mengumumkan sama ada PKPP akan dilanjutkan atau tidak dan dikhabarkan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkannya hari ini.
Muhyiddin pada 28 Ogos lepas mengumumkan PKPP bermula 1 September sehingga 31 Disember lepas.
Menurutnya, kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19.
PKPP mula dilaksanakan pada 10 Jun lalu berakhir pada 31 Ogos setelah sebelum itu Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan virus berkenaan.
Topic Berkaitan
#PKP
#PKPP
#PKPB
#lanjut
#dilanjutkan
#MKN
#Menteri Kesihatan
#Dr Adham Baba
#SOP
#KKM
#Muhyiddin Yassin
#ismail sabri yaakob
#Majlis Keselamatan Negara
#kesihatan
#keselamatan
#menteri
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan