awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Atlet biathlon Norway raih gangsa, akui curang secara langsung di TV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPP: Sabah benarkan aktiviti rekreasi laut dengan kapasiti 50 peratus mulai esok

Bernama
Bernama
14/03/2021
14:32 MYT
PKPP: Sabah benarkan aktiviti rekreasi laut dengan kapasiti 50 peratus mulai esok
Ia merupakan pindaan SOP yang dibuat bersesuaian dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sabah - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan aktiviti rekreasi laut dan sungai seperti selam skuba, selam snorkel dan memancing mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuk dengan kapasiti 50 peratus berkuat kuasa mulai esok.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata ia merupakan pindaan SOP yang dibuat bersesuaian dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini.
"Muatan penumpang bagi bot laju terbuka dan tertutup yang membawa individu untuk aktiviti rekreasi laut dan sungai juga dibenarkan mengikut kapasiti tertakluk kepada penjarakan fizikal satu meter antara penumpang," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata, sebanyak 39 kes baharu positif dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di Sabah sebanyak 53,903 kes.
Seramai 158 pesakit COVID-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini, menjadikan jumlah kumuatif pesakit sembuh seramai 52,869 orang, katanya.
Mengulas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri, Masidi berkata, seramai 2,975 individu lagi telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 25,439 penerima sejak program berkenaan dilancarkan pada 4 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#PKPP
#benarkan aktiviti rekreasi laut
#Sungai
#selam
#skuba
#snorkel
#Memancing
#SOP
#kapasiti 50 peratus
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan