awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar bincang perancangan pelaburan dengan FUJIFILM

Bernama
Bernama
04/06/2024
14:41 MYT
PM Anwar bincang perancangan pelaburan dengan FUJIFILM
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sesi tersebut dijalankan sempena kunjungan hormat ketua pegawai eksekutif dan presiden FUJIFILM Hidetoshi Ilzawa serta delegasinya ke pejabat perdana menteri petang tadi. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan dengan FUJIFILM Healthcare Americas Corporation (FUJIFILM) mengenai perancangan pelaburan dan sokongan yang boleh dilaksanakan oleh syarikat itu dalam sektor kesihatan di Malaysia.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sesi tersebut dijalankan sempena kunjungan hormat ketua pegawai eksekutif dan presiden FUJIFILM Hidetoshi Ilzawa serta delegasinya ke pejabat perdana menteri petang tadi.
Beliau berkata perbincangan itu turut melibatkan penjagaan kesihatan, latihan dan dokumentasi rekod perubatan.
"Pertemuan dan perbincangan hari in selari dengan fokus kerajaan dalam menggerakkan transformasi teknologi, terutamanya dalam sektor awam," kata Anwar menerusi hantaran di laman X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) beliau hari ini.
FUJIFILM adalah syarikat utama dalam inovasi penyelesaian diagnostik dan pengimejan perusahaan bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang merentasi pencegahan, diagnosis dan rawatan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fujifilm
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#kesihatan
#Hidetoshi Ilzawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan