awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar tegaskan tidak pernah elak jawab soalan Ahli Parlimen pembangkang

Bernama
Bernama
11/11/2025
03:50 MYT
PM Anwar tegaskan tidak pernah elak jawab soalan Ahli Parlimen pembangkang
Anwar berkata semua soalan yang diajukan kepadanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) telah dijawab. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab sebarang persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen pembangkang dalam persidangan Dewan Rakyat.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa beliau tidak mengelak untuk menjawab soalan Ahli Parlimen pembangkang dalam Dewan Rakyat.
  • Anwar berkata semua soalan yang diajukan kepadanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) telah dijawab, walaupun ada Ahli Parlimen mengulangi soalan yang sudah dijelaskan sebelum ini.
  • Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, sebelum sesi MQT bermula, menyuarakan kehairanan kerana senarai soalan MQT hari itu tidak termasuk soalan daripada pihak pembangkang.

Anwar berkata semua soalan yang dikemukakan kepada beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) setiap Selasa, iaitu sesi yang diperuntukkan kepada Perdana Menteri, telah dijawab sama ada oleh beliau sendiri atau menteri-menteri berkaitan.
Bagaimanapun, beliau berkata ada dalam kalangan Ahli Parlimen yang terus mengulangi soalan sama walaupun penjelasan sudah diberikan beberapa kali.
"Soalan yang dibangkitkan semua saya jawab... nak kata saya elak (menjawab soalan), saya tidak elak. Tanyalah apa soalan pun saya tetap jawab," katanya sebelum menjawab soalan pada sesi MQT di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, sebelum sesi MQT bermula, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mempersoalkan senarai soalan MQT hari ini tidak mengandungi soalan daripada pihak pembangkang.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#MQT
#soalan
#Ahli Parlimen Pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan