awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar tiba di Jakarta untuk bincang geopolitik Asia Barat, kerjasama dua hala

Bernama
Bernama
27/03/2026
08:55 MYT
PM Anwar tiba di Jakarta untuk bincang geopolitik Asia Barat, kerjasama dua hala
Pesawat yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur pada 3.45 petang waktu tempatan. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Jakarta pada Jumaat, untuk lawatan khas bagi membincangkan perkembangan geopolitik yang semakin meruncing di Asia Barat, di samping mengukuhkan kerjasama dua hala Malaysia–Indonesia.
Pesawat yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur pada 3.45 petang waktu tempatan.
Sebaik tiba, beliau disambut oleh Menteri Luar Indonesia Sugiono, Duta Besar Indonesia ke Malaysia Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.
Perdana Menteri kemudian menerima kawalan kehormatan oleh Pasukan Pengaman Presiden di lapangan terbang berkenaan.
Selepas itu, Anwar dibawa ke Istana Merdeka di Jakarta Pusat, lokasi beliau dijadualkan bertemu dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto.
Pertemuan berkenaan akan tertumpu kepada perkembangan geopolitik di Asia Barat termasuk situasi di Palestin dan Iran serta implikasinya terhadap kestabilan serantau dan global.
Lawatan khas sehari itu menandakan kunjungan pertama Anwar ke Jakarta tahun ini atas undangan Prabowo, yang disampaikan semasa perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin pada 23 Mac lepas.
Kedua-dua pemimpin dijangka memperkemas kerjasama dua hala sebelum Malaysia menjadi tuan rumah Rundingan Tahunan Malaysia–Indonesia ke-14 tahun ini.
Sementara itu, Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan itu juga akan menegaskan kepentingan memperkukuh peranan ASEAN sebagai satu blok yang bersatu dan berprinsip, serta keupayaan bertindak secara kolektif dalam memelihara keamanan dan kestabilan serantau, selain menjamin daya tahan ekonomi dalam suasana ketidaktentuan global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Prabowo
#lawatan
#Jakarta
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan