awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ziarah Mursyidul Am Pas di Hospital Pulau Pinang

Bernama
Bernama
07/03/2026
08:11 MYT
PM Anwar ziarah Mursyidul Am Pas di Hospital Pulau Pinang
Perdana Menteri memaklumkan Hashim yang juga sahabat lamanya berada dalam keadaan baik dan mereka sempat berbicara agak lama. - Foto FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.
Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang dan Kedah memaklumkan Hashim yang juga sahabat lamanya berada dalam keadaan baik dan mereka sempat berbicara agak lama.
“Saya turut menyampaikan salam Azizah (isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kepada beliau (Hashim) dan keluarga, serta mendoakan afiyah dan kesembuhan segera buat Ustaz Hashim,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Hashim, 87, sebelum ini dipindahkan dari Hospital Tuanku Fauziah, Perlis ke HPP pada 18 Feb lepas bagi menjalani prosedur pemasangan sten pada bahagian arteri paha susulan kecederaan dialaminya.
Dalam lawatan sama, Anwar turut menziarahi seorang jururawat Kementerian Kesihatan (KKM) yang terlibat dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di hospital berkenaan.
Beliau berkata pengorbanan petugas kesihatan amat dihargai kerana jasa besar mereka dalam menjaga dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mendapatkan perkembangan projek menaik taraf kemudahan di HPP agar usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan terus berjalan lancar demi manfaat rakyat.
Selesai lawatan itu, Perdana Menteri menghadiri Majlis Perasmian Masjid Mengkuang Titi dan Sambutan Nuzul Quran 1447H di Masjid Mengkuang Titi, Permatang Pauh, dekat sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Hashim Jasin
#HPP
#ziarah
#pulau pinang
#Mursyidul Am Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan