awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Sepanyol kecam Israel-AS, dakwa Netanyahu mahu ulangi kemusnahan Gaza di Lubnan

Astro AWANI
Astro AWANI
25/03/2026
11:35 MYT
PM Sepanyol kecam Israel-AS, dakwa Netanyahu mahu ulangi kemusnahan Gaza di Lubnan
Sanchez (foto) menyifatkan penglibatan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran sebagai satu malapetaka besar yang mengundang risiko kepada kestabilan serantau. -Gambar fail/Reuters
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez melancarkan kritikan tajam terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan mendakwa pemimpin itu sedang berusaha mengenakan tahap kemusnahan yang sama ke atas Lubnan seperti yang berlaku di Gaza.
Berucap di Parlimen hari ini, Sanchez menyifatkan penglibatan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran sebagai satu malapetaka besar yang mengundang risiko kepada kestabilan serantau.
“Semua ini dilakukan untuk apa? Untuk memperlekehkan undang-undang antarabangsa, menggugat kestabilan Asia Barat, menyemarakkan semula konflik di Iraq dan Lubnan, serta membiarkan Gaza tertimbus di bawah runtuhan kealpaan dan sikap tidak peduli,” tegas beliau.
Kenyataan keras Sanchez itu mencerminkan kebimbangan semakin memuncak dalam kalangan pemimpin Eropah terhadap peluasan konflik di rantau berkenaan, yang bukan sahaja memusnahkan infrastruktur awam malah mengancam keselamatan global.
Sepanyol sebelum ini secara konsisten mendesak pelaksanaan gencatan senjata segera dan menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan lebih tegas bagi menghalang krisis kemanusiaan yang lebih parah di Lubnan dan Palestin.
Topic Berkaitan
#Pedro Sanchez
#Israel
#Benjamin Netanyahu
#lubnan
#Gaza
#sepanyol
#konflik Asia Barat
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan