awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Singapura Wong gesa pertahanan lebih kuat di tengah ketidaktentuan global

Astro AWANI
Astro AWANI
09/04/2026
10:46 MYT
PM Singapura Wong gesa pertahanan lebih kuat di tengah ketidaktentuan global
Singapura mesti kekal berdaya tahan dan bersedia sepenuhnya untuk mengharungi landskap global, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Khamis, sambil menekankan bahawa keupayaan pertahanan yang kuat adalah kritikal untuk menjaga keselamatan republik itu.

Singapura mesti kekal berdaya tahan dan bersedia sepenuhnya untuk mengharungi landskap global, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Khamis, sambil menekankan bahawa keupayaan pertahanan yang kuat adalah kritikal untuk menjaga keselamatan republik itu.

Beliau berkata walaupun Singapura telah menangani kesan konflik yang sedang berlaku di Asia Barat, terutamanya terhadap keselamatan tenaga, republik itu mesti terus berwaspada dalam pelbagai aspek, termasuk ketahanan makanan dan rantaian bekalan kritikal.

"Kita semua tahu bahawa kita berada dalam dunia di mana aturan global semakin runtuh, dan itu bermakna kita mesti bersedia untuk lebih banyak kekacauan, lebih banyak konflik, dan lebih banyak peperangan di seluruh dunia pada tahun-tahun mendatang.

"Kita berharap perkara ini tidak berlaku, tetapi inilah realiti dunia yang kita diami dan kita mesti bersedia," katanya kepada media selepas melawat Divisyen ke-6 Tentera Singapura/Ibu Pejabat Sense and Strike di Kem Mandai Hill pada Khamis.

Video sidang media beliau disediakan di laman YouTube rasmi Channel News Asia.

Menurut Wong, institusi pertahanan Singapura telah belajar daripada konflik baru-baru ini, memanfaatkan teknologi baharu dan menyesuaikan diri untuk mentransformasikan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Sambil memetik perkembangan di Ukraine dan Iran, beliau berkata kaedah peperangan telah berkembang dengan ketara, dengan penggunaan sistem tanpa pemandu dan teknologi canggih yang lebih meluas.

"Perkara yang baik ialah kita telah melabur secara konsisten dalam keupayaan pertahanan kita selama berdekad-dekad.

"Ia bukan sekadar membeli platform baharu, yang lebih penting ialah bagaimana kita menyepadukan keupayaan baharu ini dengan baik merentasi domain yang berbeza, antara pasukan operasi dan teknologi serta merentasi perkhidmatan yang berbeza dalam SAF," tambahnya.

Wong turut menekankan kepentingan pembangunan modal insan dalam angkatan tentera bagi menjamin keselamatan negara.

"Kita perlu bergantung kepada diri sendiri untuk mempertahankan Singapura dan itulah sebabnya kita telah membina dan melabur secara konsisten dalam SAF sejak dari awal lagi, dan pendirian keseluruhan itu kekal konsisten sekarang," katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Singapura
#Lawrence Wong
#saf
#pertahanan
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan