awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan cari remaja perempuan hilang di Bachok

Bernama
Bernama
14/08/2025
22:20 MYT
Polis Kelantan cari remaja perempuan hilang di Bachok
Nurul Ain Najihah Tuan Perang. - Foto IPD Bachok
BACHOK: Polis Kelantan sedang giat mencari seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Surau Budi, Jalan Tawang, di sini sejak Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Mohd Azrie Sulaiman berkata remaja berkenaan, dikenali sebagai Nurul Ain Najihah Tuan Perang, dilaporkan hilang oleh bapanya, Tuan Perang Raja Husin, pada pukul 6 pagi selepas mendapati anak perempuannya tiada di bilik tidur.
"Kali terakhir mangsa dilihat ialah pada pukul 11.30 malam Isnin di rumah mereka," katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Azrie berkata remaja itu tidak bersekolah sejak Tingkatan Satu, tidak memiliki telefon bimbit, dan didapati keluar dari rumah membawa dompet serta kad pengenalan.
"Kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di talian 09-7782222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja perempuan hilang
#Bachok
#Polis Kelantan
#Nurul Ain Najihah Tuan Perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan