awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
Pengurusan strategik hadapi fenomena "Hydroclimatic Whiplash" - Sultan Nazrin
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Sarawak fokus banteras kes seludup minyak, kenal pasti pangkalan haram

Bernama
Bernama
25/03/2026
09:29 MYT
Polis Sarawak fokus banteras kes seludup minyak, kenal pasti pangkalan haram
Polis Sarawak kini memberikan tumpuan utama terhadap usaha membanteras kegiatan penyeludupan minyak ke luar negara dengan mengenal pasti pangkalan haram di seluruh negeri itu.
Polis Sarawak kini memberikan tumpuan utama terhadap usaha membanteras kegiatan penyeludupan minyak ke luar negara dengan mengenal pasti pangkalan haram di seluruh negeri itu.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Saifullizan Ishak berkata arahan telah dikeluarkan bagi mengesan lokasi pangkalan haram yang dipercayai menjadi laluan utama aktiviti penyeludupan, khususnya di kawasan sungai dan pesisir pantai.
“Ketika ini, fokus kita adalah untuk mengekang penyeludupan minyak ke luar negara yang memberi manfaat kepada pihak asing,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Peringatan Hari Polis Ke-219 Peringkat Kontinjen Sarawak, di sini, hari ini.
Saifullizan berkata keutamaan diberikan kepada aktiviti penyeludupan rentas sempadan yang dilihat lebih merugikan, oleh itu operasi pemantauan akan dipergiat di sepanjang sungai di Sarawak serta kawasan pesisir pantai yang luas.
Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan oleh pihak polis secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi berkaitan, katanya.
“Kerjasama antara agensi amat penting bagi memastikan usaha membanteras kegiatan ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya sambil menambah langkah berkenaan bagi memperkukuh kawalan keselamatan serta mengurangkan ketirisan hasil negara akibat aktiviti penyeludupan.
Menyentuh operasi khas Op Selamat 26 sempena Aidilfitri tahun ini, beliau berkata terdapat penurunan jumlah kemalangan jalan raya sepanjang operasi dijalankan selama enam hari bermula 19 Mac hingga semalam.
Bagaimanapun, katanya, jumlah kematian meningkat kepada lapan orang berbanding lima kematian pada tahun sebelumnya, iaitu kenaikan sebanyak tiga kematian atau 60 peratus, walaupun jumlah kemalangan maut kekal lima kes bagi kedua-dua tempoh.
“Dari segi kategori pengguna jalan raya, mangsa paling ramai terdiri daripada pengguna motokar dengan lima kematian (62.5 peratus), diikuti penunggang motosikal dua orang (25 peratus) dan seorang pengayuh basikal (12.5 peratus),” katanya.
Beliau berkata, sepanjang operasi itu, sebanyak 14,723 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, meningkat 8,016 saman atau 119.5 peratus berbanding 6,707 saman pada tahun sebelumnya.
Antara punca utama kemalangan ialah kecuaian pemandu termasuk memandu melebihi had laju, gagal mengawal kenderaan hingga terbabas, pelanggaran hadapan, cuai ketika keluar atau masuk simpang serta pelanggaran dari belakang, katanya.

--BERNAMA

Topic Berkaitan
#Polis Sarawak
#PENYELUDUPAN MINYAK
#kemalangan
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan