awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu
PM Australia berlepas pulang, akhiri lawatan rasmi ke Malaysia
Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pemandu langgar lampu isyarat rempuh dua penunggang motosikal

Bernama
Bernama
02/04/2026
09:22 MYT
Polis tahan pemandu langgar lampu isyarat rempuh dua penunggang motosikal
Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal di Jalan Sultan Ismail awal pagi tadi, dipercayai berpunca daripada kegagalan mematuhi lampu isyarat merah. - Foto hiasan/BERNAMA
Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal di Jalan Sultan Ismail di sini awal pagi tadi, dipercayai berpunca daripada kegagalan mematuhi lampu isyarat merah.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata pemandu berusia 25 tahun itu ditahan pada 1 tengah hari tadi di sebuah klinik di Kundang, Rawang semasa mendapatkan rawatan.
Beliau berkata kemalangan yang tular menerusi video di media sosial Threads, dipercayai berlaku pada 4.27 pagi di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail.
“Siasatan awal mendapati dua motosikal ditunggang lelaki tempatan berusia 24 dan 19 tahun sedang melintasi persimpangan dengan lampu isyarat hijau namun sebuah kereta dari arah kanan dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat merah telah merempuh mereka.
“Akibat kemalangan itu, dua penunggang terbabit mengalami kecederaan serius dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan mangsa berusia 24 tahun putus kaki kiri manakala seorang lagi patah tangan serta kaki kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zamzuri berkata ujian alkohol mendapati suspek tidak berada di bawah pengaruh alkohol manakala ujian saringan air kencing sedang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
“Pemandu kereta hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan manakala seorang penumpang kereta cedera pada bahagian kepala,” katanya.
Beliau berkata seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun yang berada di lokasi kejadian telah membuat laporan polis dan dirakam percakapan sebagai saksi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee menerusi talian 03-2071 9999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#langgar lampu isyarat
#Jalan Sultan Ismail
#penunggang motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan