awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sungai Bakap: Calon PH, PN tiba di pusat penamaan calon

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
22/06/2024
01:40 MYT
PRK Sungai Bakap: Calon PH, PN tiba di pusat penamaan calon
Kedua-dua calon tiba di pusat penamaan calon pada jam 8.50 pagi Sabtu. - Astro AWANI
NIBONG TEBAL: Lebih 500 penyokong Pakatan Harapan (PH)-BN hadir memberi sokongan kepada calon PH bagi PRK Dun Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin di Dewan Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal hari ini.
Joohari yang berbaju Melayu biru muda tiba di pusat penamaan jam 8.47 pagi diiringi Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng serta pimpinan negeri yang lain.
Laungan Perpaduan dan Reformasi dengan paluan gendang memeriahkan suasana di kem Perpaduan.
Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail yang berbaju Melayu hijau tiba jam 8.50 pagi diiringi hampir 1,000 penyokong disertai bacaan selawat.
Turut hadir memberi sokongan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi AwangTimbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad, Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau, Naib Presiden Bersatu, Datuk Radzi Jidin dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.
PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Mohd Nor pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
Topic Berkaitan
#PRK Sungai Bakap
#Joohari Ariffin
#pusat penamaan calon
#Abidin Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan