awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek pembahagian sistem elektrik di Kota Kinabalu siap sepenuhnya - Fadillah

Bernama
Bernama
17/05/2025
03:50 MYT
Projek pembahagian sistem elektrik di Kota Kinabalu siap sepenuhnya - Fadillah
Fadillah berkata projek ini bertujuan menyeimbangkan beban di stesen elektrik utama di Kota Kinabalu. - Foto Facebook/Fadillah Yusof
KOTA KINABALU: Projek Pembahagian mengukuhkan Sistem 33 kilovolt (kV) dan 11 kV elektrik di sini telah berjaya disiapkan sepenuhnya dengan pelaksanaan fasa terakhir melibatkan Stesen Suis Utama (SSU) Penampang yang telah beroperasi pada 3.56 petang semalam.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata projek bernilai RM22.4 juta ini merupakan projek kedua di bawah Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) yang berjaya disiapkan pada tahun ini.
Beliau berkata projek ini bertujuan menyeimbangkan beban di stesen elektrik utama di Kota Kinabalu yang melibatkan Pencawang Masuk Utama (PMU) Penampang, PMU Kepayan dan Pencawang Pembahagi Utama (PPU) KKIA yang menanggung beban tinggi.
"Dengan siapnya projek ini, tempoh gangguan bekalan elektrik dapat dikurangkan dan proses membaik pulih bekalan elektrik di sekitar bandar Kota Kinabalu akan menjadi lebih cepat dan teratur," katanya dalam perkongsian menerusi laman Facebooknya hari ini.
Fadillah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Projek Pembahagian
#elektrik
#Fadillah Yusof
#PPKBES
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami