awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek rakyat diteruskan, KKR sedia laras skop hadapi kekangan kos - Alexander

Bernama
Bernama
14/04/2026
04:58 MYT
Projek rakyat diteruskan, KKR sedia laras skop hadapi kekangan kos - Alexander
Alexander berkata pelaksanaan projek akan disesuaikan secara realistik dan responsif berdasarkan keadaan sebenar di tapak. - Gambar/ Bernama
Kerajaan memberi jaminan projek berkepentingan rakyat akan terus dilaksanakan meskipun tekanan kos meningkat akibat krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pelaksanaan projek akan disesuaikan secara realistik dan responsif berdasarkan keadaan sebenar di tapak.
Beliau berkata antara pendekatan yang dipertimbangkan Kementerian Kerja Raya (KKR) ialah pengurangan skop projek, khususnya melibatkan kontraktor kelas G1 hingga G4 dalam kerja penyenggaraan dan pembaikan jalan Persekutuan.
“Sebagai contoh, projek bernilai RM1 juta bagi satu kilometer mungkin boleh dipendekkan jaraknya sekiranya belum dimulakan bagi menyesuaikan dengan kekangan kos semasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KKR di sini hari ini.
Terdahulu, Alexander dalam ucapannya berkata KKR akan menyelaras pelan tindakan segera bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan agensi berkaitan bagi memantau kesan kenaikan harga minyak terhadap kos pembinaan termasuk bahan api, bitumen, keluli, simen dan logistik.
Alexander berkata data yang dikumpul akan digunakan secara secara aktif bagi mempercepatkan keputusan termasuk pelarasan skop kerja, lanjutan masa dan penjadualan semula projek yang terjejas akibat gangguan rantaian bekalan.
Pada masa sama, beliau berkata KKR perlu terus memperluas peluang kepada kontraktor tempatan, khususnya kontraktor kecil dan sederhana dalam kerja penyenggaraan, baik pulih dan projek berskala sesuai, agar mereka terus mempunyai aliran kerja dan tidak terpinggir ketika kos operasi meningkat.
Beliau turut menegaskan keperluan mempercepat penggunaan teknologi seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS), Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan pemantauan digital bagi meningatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran serta kebergantungan kepada kos logistik, selari dengan semangat transformasi KKR.
Sementara itu, mengenai pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka berasaskan pengecaman nombor pendaftaran automatik (ANPR), Alexander berkata setakat ini sembilan plaza tol melibatkan 78 lorong telah beroperasi.
“Sejak Januari lepas, kira-kira 28,000 pelanggan telah mendaftar dalam platform pembayaran JustGo dengan lebih 400,000 transaksi direkodkan.
“Setakat ini, operasi berjalan lancar tanpa isu teknikal dan kementerian merancang memperluaskan pelaksanaan sistem ini dengan sasaran sistem Aliran Pantas Berbilang Lorong (MLFF) dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2027,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nanta linggi
#projek rakyat
#krisis tenaga global
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan