awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang tingkatkan saringan sebagai langkah kawalan Zika

Bernama
Bernama
03/09/2016
14:57 MYT
Pulau Pinang tingkatkan saringan sebagai langkah kawalan Zika
Virus Zika boleh merebak dengan mudah dan pada masa ini, Thailand dan Singapura mencatatkan bilangan kes tertinggi jangkitan Zika.
Kerajaan Pulau Pinang kini menjalankan saringan ketat di semua pintu masuk termasuk antarabangsa termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Pelabuhan Pulau Pinang untuk mengenal pasti tanda-tanda jangkitan Zika pada pelancong.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sesiapa yang memasuki negeri ini selepas melawat ke negara-negara yang dijangkiti virus Zika perlu menjalani saringan melalui alat pengimbas haba untuk memastikan sama ada mereka dijangkiti virus itu.
"Di lapangan terbang, kita hanya boleh mengenal pasti mereka yang menghidap demam dan ruam kulit. Kita tidak mempunyai peralatan khusus untuk mengenal pasti jika mereka dijangkiti virus itu atau tidak. Ujian darah selanjutnya perlu dijalankan di makmal," katanya.
Hilmi menegaskan bahawa virus Zika boleh merebak dengan mudah dan pada masa ini, Thailand dan Singapura mencatatkan bilangan kes tertinggi jangkitan Zika.
"Saya menasihatkan penduduk supaya lebih berhati-hati dan peka kepada persekitaran untuk mengenal pasti tempat pembiakan Aedes kerana virus itu disebarkan oleh nyamuk," kata beliau.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr M. Sukumar berkata selain saringan, jabatan itu juga akan meningkatkan langkah-langkah pencegahan seperti melakukan penyemburan dan pada masa yang sama mendidik orang ramai mengenai bahaya Aedes.
Pada Rabu, Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa seorang wanita berusia 58 tahun dari Klang yang baru kembali dari Singapura selepas melawat anaknya, telah diuji positif bagi virus Zika.
Sementara itu, farmasi dan kedai-kedai mencatatkan peningkatan pembelian ubat penghalau nyamuk selepas negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga mengenai penularan virus Zika.
Topic Berkaitan
#dr hilmi yahya
#Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
#pelabuhan pulau pinang
#Zika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan