awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Tengkorak laluan 'panas' aktiviti penyeludupan - APMM Kelantan

Bernama
Bernama
09/09/2025
23:30 MYT
Pulau Tengkorak laluan 'panas' aktiviti penyeludupan - APMM Kelantan
Kedudukan pulau itu yang menghadap Laut China Selatan dan berhampiran dengan negara jiran memudahkan penyeludup mendaratkan barangan atau membawa masuk pendatang asing. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan mengenal pasti kawasan Pulau Tengkorak dekat Pengkalan Kubor, Tumpat sebagai 'hotspot' jenayah rentas sempadan, khususnya penyeludupan rokok dan kemasukan pendatang tanpa izin.
Pengarahnya Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata kawasan itu mempunyai garis pantai sejauh lima kilometer hingga ke Pantai Geting dan bersempadan dengan pekan Takbai, Thailand.
Beliau berkata kedudukan pulau itu yang menghadap Laut China Selatan dan berhampiran dengan negara jiran memudahkan penyeludup mendaratkan barangan atau membawa masuk pendatang asing.
"Di kawasan itu juga terdapat rimbunan pokok ru serta banyak 'laluan tikus' yang digunakan sindiket untuk keluar masuk, terutama pada waktu malam.
"Jarak sempadan Malaysia-Thailand yang hanya kira-kira 500 meter dari muara Kuala Takbai membolehkan penyeludup menggunakan bot kecil dan melarikan diri dengan cepat jika dikesan pihak berkuasa," katanya kepada Bernama pada Selasa.
Erwan Shah berkata garis pantai Kelantan yang melebihi 70 kilometer sentiasa menjadi pilihan sindiket kerana bersempadan dengan perairan Thailand manakala Pantai Geting sering dijadikan lokasi pendaratan kerana kawasannya yang luas dan sukar dikesan.
"Walaupun rondaan kerap dilakukan, kawasan ini tetap menjadi pilihan. Pada Jun lepas, lapan warga Myanmar berjaya ditahan di lokasi berkenaan. Setakat September ini, lima kes penyeludupan membabitkan migran tanpa dokumen serta rokok seludup telah direkodkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#penyeludupan
#Pulau Tengkorak
#jenayah rentas sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan