awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam

Bernama
Bernama
08/12/2024
10:55 MYT
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Kejadian banjir kilat itu berlaku susulan hujan lebat di kawasan Putrajaya sejak beberapa jam. - Gambar/ Ihsan pembaca
PUTRAJAYA: Hujan lebat kira-kira satu jam bermula 4 petang tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 20 kenderaan terperangkap akibat banjir di Presint 11 Zon 4A di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya Abdul Manaf Che Isa berkata dua jentera berserta 13 anggota digegaskan ke lokasi bagi membuat pemantauan selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.44 petang.
"Kerja-kerja membantu mengalirkan air dan membersihkan saluran tersumbat telah dilaksanakan oleh anggota bomba.
"Banjir surut kira-kira 5.30 petang tadi,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pada masa ini anggota bomba melaksanakan pemantauan di kawasan berkenaan berikutan hujan renyai.
"Pemantauan semasa turut dilakukan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan kerjasama memperoleh maklumat berkaitan melalui Putrajaya Command Centre (PPj) juga dilaksanakan," katanya.
Topic Berkaitan
#banjir Putrajaya
#banjir kilat
#kereta tenggelam
#banjir2024
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan