awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan usaha pertemukan AS, Iran secara bersemuka di Islamabad
Mindef jamin tidak kompromi pihak terlibat kematian anggota Tentera Darat
'Israel First atau US First?' - Iran tekankan hasil rundingan bergantung keutamaan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Palestin bantah undang-undang hukuman mati Israel

Astro AWANI
Astro AWANI
01/04/2026
21:28 MYT
Rakyat Palestin bantah undang-undang hukuman mati Israel
Penduduk Palestin menyertai demonstrasi membantah pelaksanaan undang-undang hukuman mati Israel terhadap rakyat Palestin yang disabitkan atas serangan maut, di Ramallah, Tebing Barat yang diduduki Israel. - Foto REUTERS
Rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan Baitulmaqdis Timur melancarkan mogok serta protes pada Rabu bagi membantah undang-undang baharu Israel yang membenarkan hukuman mati terhadap rakyat Palestin yang disabitkan atas serangan maut.
Kedai dan institusi awam, termasuk universiti, ditutup ketika ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Ramallah dan Nablus, mengecam undang-undang yang disokong Menteri Keselamatan Nasional Israel berhaluan kanan, Itamar Ben-Gvir.
Penunjuk perasaan turut menyeru campur tangan masyarakat antarabangsa bagi membatalkan undang-undang tersebut.
Di Nablus, peserta membawa sepanduk bertulis “Hentikan undang-undang untuk menghukum mati tahanan, sebelum terlambat”.
Di beberapa bandar lain seperti Hebron dan Ramallah, kebanyakan kedai ditutup separuh hari, menurut laporan AFP.
Namun di Anata, berhampiran Baitulmaqdis, tentera Israel memaksa peniaga yang menyertai mogok membuka semula kedai mereka.
Mogok umum itu dianjurkan oleh parti Fatah pimpinan Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas.
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Volker Turk, mengecam undang-undang berkenaan sambil menyatakan pelaksanaannya ke atas penduduk wilayah Palestin yang diduduki boleh dianggap sebagai jenayah perang.
Undang-undang itu, yang diluluskan Parlimen Israel pada Isnin, menetapkan hukuman mati sebagai hukuman lalai terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang disabitkan oleh mahkamah tentera atas kesalahan “keganasan”, sekali gus mewujudkan laluan perundangan berasingan dan lebih keras berbanding rakyat Israel.
Israel menduduki Tebing Barat sejak 1967, dan keganasan di wilayah itu meningkat mendadak sejak perang Israel di Gaza bermula pada Oktober 2023.
Topic Berkaitan
#hukuman mati
#Israel
#protes
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan