awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan 13 tahun ditemukan maut di Sungai Buloh, tiga individu diambil keterangan

Bernama
Bernama
02/04/2026
15:31 MYT
Remaja perempuan 13 tahun ditemukan maut di Sungai Buloh, tiga individu diambil keterangan
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan maut di sebuah kediaman di Sungai Buloh, semalam. - Gambar fail/hiasan
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan maut di sebuah kediaman di Sungai Buloh dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 6.27 petang.
Beliau berkata pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh yang hadir ke lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Mohd Hafiz berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Tiga saksi telah diambil keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Amirul Amin Shukor di talian 013-669 5290 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Remaja perempuan
#ditemukan maut
#Sungai Buloh
#Siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan