awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roboh surau: Majlis Agama Islam Perak, MB diminta campur tangan

Bernama
Bernama
23/04/2021
14:22 MYT
Roboh surau: Majlis Agama Islam Perak, MB diminta campur tangan
Surau itu akan dirobohkan pada bila-bila masa sahaja dan akan dibina semula di tapak baharu di Taman Rasa Sayang. - Gambar/ FB @Shukrie Ibrahim
IPOH: Jawatankuasa Surau Al-Karamah di Kampung Sri Keramat di sini memohon campur tangan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Menteri Besar dan Pejabat Tanah dan Galian Perak untuk menghalang tindakan merobohkan surau itu bagi projek pembinaan perumahan.
Setiausaha surau Abdullah Khalbi, 59, berkata pihaknya dimaklumkan surau itu akan dirobohkan pada bila-bila masa sahaja dan akan dibina semula di tapak baharu di Taman Rasa Sayang.
"Dahulu, kawasan ini merupakan kawasan setinggan yang telah dibina awal tahun 1984. Surau ini menjadi rumah ibadat masyarakat Islam setinggan di sini sejak kira-kira 30 tahun lepas dan ia juga sudah dibina sebelum bermulanya projek pembinaan perumahan.
"Bukan itu sahaja, surau ini juga menjadi surau diri Jumaat bagi kariah dan penduduk berdekatan. Jadi adalah tidak adil sekiranya surau ini dirobohkan," katanya pada sidang media di surau berkenaan hari ini.
Abdullah berkata surau itu akan dipindahkan ke tapak ganti yang tidak dipersetujui jawatankuasa surau kerana lokasi baharu itu tidak mempunyai kepadatan penduduk Islam.
"Kita risau kalau pindah di tempat baharu akan timbul isu seperti laungan azan dan surau ini sepatutnya ditempatkan di kawasan yang penduduknya beragama Islam.
"Surau ini mendapat pengiktirafan daripada MAIPk untuk membenarkan solat Jumaat di sini tetapi kenapa dalam masa yang sama mereka bersetuju dengan cadangan pemaju untuk merobohkan surau ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Surau Al-Karamah
#Kampung Sri Keramat
#akan dirobohkan
#isu perobohan surau
#Majlis Agama Islam Perak
#MAIPk
#Menteri Besar
#bantuan
#campur tangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan