awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rombakan Kabinet: Lantikan ahli korporat jadikan kementerian bebas tekanan politik - PM

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
12/12/2023
04:28 MYT
Rombakan Kabinet: Lantikan ahli korporat jadikan kementerian bebas tekanan politik - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan senarai Ahli-Ahli Jemaah Menteri selepas mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pada Selasa. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA : Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II dianggap tepat dalam menerajui Kementerian Kewangan (MoF) ke landasan yang tepat.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lantikan itu juga sekali gus menjadikan MoF sebagai sebuah badan yang bebas daripada tekanan politik.
“Pandangan peribadi saya, untuk Kementerian Kewangan selain diketuai oleh saya, kita mesti mempunyai pasukan profesional yang kuat untuk memastikan kita berada di landasan yang betul.
“MoF perlu memberi tumpuan kepada ekonomi dan tidak dicerminkan oleh tekanan politik,” ujarnya pada sidang media pengumuman rombakan Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, di sini, hari ini.
Selain itu, Perdana Menteri menegaskan, lantikan Amir Hamzah sebagai Menteri Kewangan II dibuat berdasarkan prestasinya yang memberangsangkan sebagai CEO KWSP.
“Justeru, beliau telah menunjukkan kecekapan dan kebolehan yang cukup serta telah menguruskan KWSP dengan cara yang sangat mengagumkan dan memuaskan,” kata Anwar.
Topic Berkaitan
#rombakan kabinet
#kabinet malaysia
#Amir Hamzah Azizan
#Menteri Kewangan II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan