awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosakkan harta benda, ancam polis: Pemandu lori didenda RM9,100

Bernama
Bernama
14/04/2026
09:38 MYT
Rosakkan harta benda, ancam polis: Pemandu lori didenda RM9,100
Majistret Maslinda Selamat turut memerintahkan ‎P. Mahendran, 31, dihukum penjara berjumlah 22 bulan jika gagal membayar denda.

Seorang pemandu lori hari ini didenda RM9,100 oleh Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan antaranya melakukan perbuatan khianat terhadap harta benda dan mengancam penjawat awam, minggu lepas.

Majistret Maslinda Selamat turut memerintahkan ‎P. Mahendran, 31, dihukum penjara berjumlah 22 bulan jika gagal membayar denda.

Dia didakwa mencalarkan kereta peronda Polis Diraja Malaysia menggunakan kayu rotan sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM3,700 dan menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang anggota polis dengan niat untuk menghalang atau menakutkannya daripada menjalankan tugas rasmi.

Mahendran juga berdepan pertuduhan merosakkan pinggan mangkuk, meja dan peralatan lain sebuah restoran dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap pemiliknya.

‎Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan di sebuah restoran makanan laut di Telok Mengkuang di sini pada 3.15 petang 8 April lepas mengikut Seksyen 427, 353, 426 dan 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Muhd Muqri Mohd Khairi memohon hukuman denda minimum atas alasan Mahendran penanggung tunggal ibu dan ayahnya selain dia telah insaf.

‎Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Syafiq Yazid pula memohon hukuman berat berbentuk pengajaran sebagai peringatan kepada tertuduh dan masyarakat kerana kes itu melibatkan keselamatan awam serta harta benda.

‎-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#mahkamah
#polis
#khianat
#restoran
#denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan