awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DeepSeek v4 bakal beroperasi guna cip Huawei
Pelajar IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, pegawai ditempat di JPN Perlis
Anak Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU pengasingan peranan peguam dan pendakwa raya, had tempoh jawatan PM akan dibentang semula

Bernama
Bernama
01/04/2026
11:22 MYT
RUU pengasingan peranan peguam dan pendakwa raya, had tempoh jawatan PM akan dibentang semula
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata susulan pelaksanaan Fasa I Kerangka Akauntabiliti MADANI awal 2026, agenda reformasi undang-undang dan institusi kini memasuki Fasa II, iaitu
Kerajaan MADANI bersetuju Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang semula pada sidang Parlimen akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata susulan pelaksanaan Fasa I Kerangka Akauntabiliti MADANI awal 2026, agenda reformasi undang-undang dan institusi kini memasuki Fasa II, iaitu bagi tempoh Mei hingga Ogos.
Beliau berkata agenda itu memfokus kepada pengukuhan integriti, hak asasi, sistem keadilan dan pembangunan infrastruktur kehakiman negara.
“Memasuki Fasa II bermula bulan Mei kelak, antara inisiatif utama yang akan dilaksana ialah penggubalan Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia dan Akta Kebebasan Maklumat pada sidang Parlimen seterusnya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Azalina juga berkata antara inisiatif agenda reformasi institusi yang telah dilaksanakan dalam bulan April ini ialah Tribunal Antibuli.
“Langkah-langkah ini mencerminkan tekad dan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan setiap agenda reformasi dilaksanakan secara konsisten, tersusun dan berimpak demi membina sistem yang lebih telus, berakauntabiliti dan berdaya tahan untuk masa depan negara,” katanya.
Berdasarkan takwim di laman sesawang rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat dijangka berlangsung selama 16 hari dari 22 Jun hingga 16 Julai ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RUU
#Azalina Othman Said
#pengasingan peranan
#had tempoh jawatan PM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan