awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Pindaan Kualiti Alam Sekeliling bukti kesungguhan Malaysia dalam agenda perubahan iklim

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
08/10/2022
03:30 MYT
RUU Pindaan Kualiti Alam Sekeliling bukti kesungguhan Malaysia dalam agenda perubahan iklim
Kelab Belia Prihatin Malaysia juga berharap kerajaan dapat merangka insentif sokongan kepada masyarakat awam yang terlibat dalam agenda penghijauan negara. - Foto/Kelab Belia Prihatin
KUALA LUMPUR: Kesungguhan kerajaan dan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022 minggu lalu menunjukkan Malaysia komited dalam agenda perubahan iklim.
Bagi Kelab Belia Prihatin (KBP) Malaysia, ia satu daripada langkah pencegahan dan pengawasan yang perlu diambil bagi memastikan wujud jaminan terhadap kelestarian dan kemampanan alam sekitar.
Menerusi satu kenyataan, Setiausaha Agung KBP, Rijal Rozman, turut memuji usaha langsung dan rancangan berterusan kerajaan.
Ia khususnya melalui inisiatif, insentif dan dana jamin berjumlah lebih RM5 billion bagi menggalakkan industri mesra alam sekitar menerusi Bajet 2023.
KBP berkata, ia merupakan tanggungjawab kepada generasi masa hadapan serta kelestarian negara untuk jangka masa yang panjang.
Kerajaan juga, ujarnya, diharap dapat merangka insentif sokongan kepada masyarakat awam yang terlibat dalam agenda penghijauan negara.
Ia sekali gus dapat memastikan penyertaan aktif dan komitmen semua golongan untuk mencapai pelepasan gas rumah kaca bersih sifar menjelang 2050.
Kenyataan media yang dikeluarkan Kelab Belia Prihatin pada Sabtu, respon kepada Pembentangan RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022 - Foto/KBP
Kenyataan media yang dikeluarkan Kelab Belia Prihatin pada Sabtu, respon kepada Pembentangan RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022 - Foto/KBP
Topic Berkaitan
#Kelab Belia Prihatin
#perubahan iklim
#RUU Kualiti Alam
#Bajet 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan