awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sahkan sumber maklumat mengenai 1MDB - Ahmad Zahid

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
28/12/2015
09:47 MYT
Sahkan sumber maklumat mengenai 1MDB - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yakin pihak berkuasa harus diberikan taraf kewibawaan yang tinggi dalam kes berkaitan 1MDB. - Gambar fail
Jangan menghukum (1MDB) berdasarkan sumber-sumber yang tidak disahkan, ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sebaliknya tegas Ahmad Zahid, beliau mahu semua pihak diingatkan memberi kepercayaan kepada agensi yang dipertanggungjawabkan menangani isu berkenaan.
"Oleh kerana Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah melakukan penelitian mengenai butiran berkenaan, dan pihak berkuasa telah melakukan penyiasatan, maka, kita tidak harus terjebak dengan maklumat-maklumat yang diberikan oleh media berkenaan.
"Saya fikir kita elok serahkan kepada badan penyiasat di Malaysia," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis Deklarasi Prioriti 2016 'Ekonomi Keutamaan Kita' anjuran Yayasan Damai Sejahtera Malaysia (YSDM) di sini hari ini.
Beliau berkata penyiasatan berhubung syarikat pelaburan strategik kerajaan itu sedang dilakukan oleh pihak berkuasa dan penelitian turut dijalankan PAC.
"Saya yakin pihak berkuasa harus diberikan taraf kewibawaan yang tinggi untuk kita meletakkan kebolehpercayaan kepada agensi berkenaan. Jangan bergantung kepada maklumat luaran yang tidak dapat disahkan kesahihannya," tegas Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid mengulas laporan terbaru didedahkan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa satu transaksi berjumlah AS$850 juta melibatkan 1MDB.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Ahmad Zahid Hamidi
#maklumat sah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan