awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah seorang ahli pasukan petugas khas berkepentingan - Isteri Amri Che Mat

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/06/2019
13:05 MYT
Salah seorang ahli pasukan petugas khas berkepentingan - Isteri Amri Che Mat
Norhayati berkata jabatan yang Mokhtar ketuai itu merupakan jabatan yang telah dikaitkan dengan salah guna kuasa, dalam siasatan berhubung kehilangan Amri pada 2016. -Astro AWANI / Media Sosial
Isteri kepada aktivis Amri Che Mat, Norhayati Mohd Ariffin menyambut baik langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan pasukan petugas khas yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abd Rahim Uda.
Namun begitu, beliau berkata, kegusaran dalam kalangan keluarga masih timbul memandangkan salah seorang ahli pasukan berkenaan, iaitu Datuk Mokhtar Mohd Noor, merupakan bekas Pengarah Bahagian Perundangan, Bukit Aman.
Norhayati berkata jabatan yang Mokhtar ketuai itu merupakan jabatan yang telah dikaitkan dengan salah guna kuasa dalam siasatan berhubung kehilangan Amri pada 2016.
“Jabatan beliau itu telah mewakili pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan inkuiri Suhakam sebelum ini.
"Dan ini menunjukkan beliau adalah pihak yang berkepentingan, dan boleh mengundang konflik kepentingan.
“Pandangan yang serupa turut dikongsi Susanna Liew, isteri kepada Pastor Raymond Koh berhubung penubuhan pasukan petugas khas ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Awal hari ini, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan barisan ahli Pasukan Petugas Khas, di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.
Beliau berkata, fokus utama pasukan itu ialah, antaranya, menyiasat dakwaan Suhakam bahawa kehilangan Amri dan Pastor Koh adalah disebabkan penglibatan Cawangan Khas, PDRM.
BACA: Isteri Pastor Koh dakwa komposisi Pasukan Petugas Khas tidak adil
Topic Berkaitan
#Amri Che Mat
#Bukit Aman
#Kementerian Dalam Negeri
#mahkamah
#Media
#Muhyiddin Yassin
#Pastor Raymond Koh
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Putrajaya
#Suhakam
#Susanna Liew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan