awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saman fitnah terhadap Najib: Dr Dzulkefly tidak tahu pelantikan anak perempuan dalam dua syarikat

Bernama
Bernama
07/04/2026
10:01 MYT
Saman fitnah terhadap Najib: Dr Dzulkefly tidak tahu pelantikan anak perempuan dalam dua syarikat
Dr Dzulkefly memfailkan saman terhadap Najib berhubung hantaran Facebook bekas perdana menteri itu yang mendakwa plaintif mengamalkan nepotisme bagi memastikan pelantikan anak perempuannya Nurul Iman sebagai ahli lembaga AIM. - Gambar/ Bernama
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau tidak mengetahui mengenai pelantikan anak sulungnya, Nurul Iman, dalam dua syarikat yang didakwa berlaku sebelum dan selepas pelantikannya sebagai menteri.
Dr Dzulkefly, 70, berkata anak perempuannya dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif AIM Solutions Group Bhd (AIM Solutions) pada 30 April 2018, iaitu sebelum pelantikannya sebagai menteri pada Julai tahun sama.
Beliau berkata pelantikan Nurul Iman selaku ahli lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pula ialah pada Oktober 2018, iaitu selepas beliau memegang jawatan menteri.
“Saya tidak mengetahui mengenai kedua-dua pelantikan itu,” kata Dzulkefly ketika ditanya peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, pada hari pertama perbicaraan saman fitnah RM5 juta yang difailkannya terhadap bekas perdana menteri itu.
Dalam kenyataan saksinya, Dr Dzulkefly berkata beliau tidak pernah campur tangan dalam pelantikan Nurul Iman di AIM Solutions.
“Saya langsung tidak mengetahui dia (Nurul Iman) ditawarkan, memohon atau dicari oleh pihak tertentu dan telah menerima jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif dalam syarikat itu. Saya percaya pencapaiannya dalam syarikat berkenaan berdasarkan kepada keupayaan sendiri dan tiada kaitan dengan saya atau mana-mana individu lain.
“Seperti yang saya katakan, dia seorang wanita berwibawa. Untuk menjejaskan reputasi saya dan dia sama sekali tidak wajar,” kata Dzulkefly.
Ditanya oleh peguamnya, Stanley Sabastien Sinnappen, plaintif menyatakan Najib tidak menghubunginya sebelum memuat naik kenyataan yang didakwanya itu menerusi Facebook.
Najib hadir pada prosiding hari ini. Perbicaraan di hadapan Hakim Mahazan Mat Taib akan bersambung esok.
Dr Dzulkefly memfailkan saman terhadap Najib pada 31 Dis 2021 berhubung hantaran Facebook bekas perdana menteri itu yang mendakwa plaintif mengamalkan nepotisme bagi memastikan pelantikan anak perempuannya Nurul Iman sebagai ahli lembaga AIM.
Beliau mendakwa hantaran fitnah itu diterbikan dengan niat untuk memalukan dirinya selain bermotifkan politik bagi menjejaskan reputasinya.
Najib dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 29 Mac 2022 menyatakan hantaran berkenaan tidak ada kena-mengena dengan Dr Dzulkefly sebaliknya merujuk kepada gabungan parti dalam Pakatan Harapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Dr Dzulkefli Ahmad
#saman fitnah
#nepotisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan