awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Hari Wesak lambang perpaduan negara - PM Najib

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2017
10:56 MYT
Sambutan Hari Wesak lambang perpaduan negara - PM Najib
PM NAJIB: Kita mesti menegakkan nilai penting ini kerana jika kita bersatu dan membantu antara satu sama lain, kita akan membina Malaysia yang lebih kukuh dan baik untuk semua.
Perayaan Hari Wesak adalah lambang demokrasi dan kebebasan beragama, serta tunjang kepada perpaduan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khasnya berkata, perpaduan itu adalah cara hidup rakyat Malaysia.
Melalui laman najibrazak.com, beliau berkata sambutan perayaan seperti itu dapat memberikan kegembiraan kepada orang lain terutama mereka yang kurang bernasib baik.
"Kita mesti menegakkan nilai penting ini kerana jika kita bersatu dan membantu antara satu sama lain, kita akan membina Malaysia yang lebih kukuh dan baik untuk semua," kata beliau.
Menurut Najib, ia dapat memberikan kegembiraan kepada orang lain terutama golongan kurang bernasib baik tanpa mengira asal usul mereka.
Tambah beliau, ia juga masa untuk melayan orang lain sebagaimana kita ingin dilayan.
Sambutan perayaan Wesak juga peluang menghargai sumbangan penganut Buddha kepada kemajuan negara.
Serta meraikan rakyat yang lebih bertanggungjawab membina masa depan lebih cerah untuk semua kaum, budaya, dan agama.
Topic Berkaitan
#Buddha
#Hari Wesak
#lambang demokrasi
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Perpaduan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan