awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak kekal tarif elektrik dan air

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/11/2019
04:17 MYT
Sarawak kekal tarif elektrik dan air
Abang Johari menunjukkan Ucapan Belanjawan bagi Tahun 2020 sebaik tiba bagi pembentangan belanjawan tersebut sempena Mesyuarat Kedua bagi Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18 hari ini. -- fotoBERNAMA
Sarawak akan mengekalkan tarif air dan elektrik seperti mana yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg menerusi pembentangan Belanjawan Sarawak 2020 hari ini.
Peningkatan kadar tarif, jelasnya, hanya akan melibatkan golongan pembekal bekalan tenaga dan juga air.
Menurutnya, kerajaan negeri telah berusaha bersungguh-sungguh dalam mengembangkan aliran pendapatannya bagi mengekalkan momentum pembangunan negeri.
Ia terutamanya di kawasan luar bandar yang memerlukan pembiayaan lebih besar.
Katanya, sebagai sebahagian usaha kerajaan negeri untuk mengembangkan aliran hasilnya, kerajaan juga merancang menyemak semula tarif bagi abstraksi air mentah daripada satu sen bagi setiap meter padu kepada 2.5 sen setiap meter padu, berkuat kuasa Januari tahun depan.
Abang Johari berkata demikian semasa membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2020) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Openg
#air
#aliran pendapatan
#Belanjawan Sarawak 2020
#elektrik
#luar bandar
#pembangunan
#pembekal
#pembiayaan
#Sarawak
#tarif
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan