awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak: Tiada kes positif COVID-19 baharu dilaporkan, semua daerah kini zon hijau

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
12/08/2020
08:41 MYT
Sarawak: Tiada kes positif COVID-19 baharu dilaporkan, semua daerah kini zon hijau
Tempoh operasi perniagaan di tiga bahagian di Zon 1 dibenarkan kembali beroperasi seperti biasa berkuatkuasa 15 Ogos 2020. FOTO: BERNAMA
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan semua daerah di negeri itu sebagai zon hijau COVID-19.
Ia selepas daerah Kuching dan Serian bertukar status daripada zon kuning kepada hijau setelah kedua-dua daerah ini tidak melaporkan kes COVID-19 jangkitan tempatan terbaharu dalam tempoh 14 hari.
Selain itu, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu, tempoh operasi perniagaan di tiga bahagian di Zon 1 dibenarkan kembali beroperasi seperti biasa berkuatkuasa 15 Ogos 2020.
“JPBN Sarawak telah meneliti isu semasa kes positif di Sarawak yang melibatkan perbincangan serta mendapat pandangan daripada sudut kesihatan dan ekonomi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan industri pelancongan.
“Selepas mengambil kira perkara tersebut, JPBN Sarawak dengan ini membenarkan semua tempoh masa operasi perniagaan di Zon 1 melibatkan bahagian Kuching, Samarahan dan Serian kembali beroperasi seperti biasa berkuatkuasa 15 Ogos 2020,” ujar kenyataan sama.
Antara lain Sarawak hari ini tidak merekodkan pertambahan kes positif terbaharu COVID-19 menjadikan jumlah itu kekal dengan 681 kes setakat ini.
Sepuluh kluster di Sarawak juga dilaporkan masih aktif setakat ini menyaksikan kluster Sentosa kekal merekodkan kes positif tertinggi dengan 31 kes.
“Dimaklumkan juga tiada pertambahan bagi kes pulih dan discaj untuk hari dan ini menjadikan jumlah kes keseluruhan yang pulih dan discaj kekal dengan 659 kes atau 96.77 peratus.
“Tiga kes masih menerima rawatan di wad isolasi di hospital dan jumlah kematian kekal 19 kes atau 2.79 peratus,” tambah kenyataan sama.
Manakala 12 kes Person Under Investigation (PUI) baharu turut dilaporkan hari ini dan tiada kes yang menunggu ujian makmal.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#coronavirus
#COVID-19
#JPBNS
#KKM
#kluster aktif
#Kuching
#Samarahan
#Sarawak
#Serian
#zon hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan