awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak umum penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi, rancang strategi pasca COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2020
07:42 MYT
Sarawak umum penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi, rancang strategi pasca COVID-19
Majlis itu akan mengkaji perincian sembilan sektor ekonomi, sosial dan tadbir urus di Sarawak. - Foto Astro AWANI
Sarawak mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi negeri ntuk mempermudahkan strategi pemulihan ekonomi pasca COVID-19 sehingga 2030 dengan penekanan kepada ekonomi digital dan kelestarian alam sekitar.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, majlis itu akan mengkaji perincian sembilan sektor ekonomi, sosial dan tadbir urus di Sarawak.
Bukan itu sahaja, tegas beliau, pihaknya terbuka mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan seperti dewan perdagangan, profesional dan ahli akademik bagi sama-sama berbincang sekali gus merumuskan rancangan terbaik untuk agenda ekonomi Sarawak.
"Kesan wabak ini telah mengakibatkan pelaksanaan Normal Baharu dalam kehidupan secara global dan kita tidak akan dapat melakukan perniagaan seperti biasa lagi. Ini adalah senario yang belum pernah kita alami sebelumnya dan memerlukan kita menggunakan cara baru untuk melakukan sesuatu sekarang dan masa depan.
"Oleh itu, kerajaan negeri telah mengkaji semula strategi pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 kesan pandemik COVID-19. Kajian ini bagi membolehkan Sarawak kenal berdaya tahan, menyesuaikan diri dengan Normal Baharu dan memangkin pertumbuhan dan pembangunan ekonomi masa depan," katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Rabu.
Tambah Abang Johari, Sarawak akan menerapkan dua prinsip utama iaitu ekonomi digital dan kelestarian alam sekitar.
Justeru katanya, bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing ekonomi kerajaan negeri akan meningkatkan Agenda Ekonomi Digital di semua sektor ekonomi Sarawak selain pusat data memainkan peranan penting dalam mendorong inovasi kepada bidang aplikasi digital.
“Selain itu, kerajaan negeri akan memastikan bahawa Sarawak mencapai persekitaran yang bersih, sihat, dan berdaya tahan untuk generasi sekarang dan akan datang," katanya.
Dalam dua prinsip utama itu, terdapat 10 cadangan utama digariskan kerajaan negeri;
  1. Pusat data raya dan inovasi - Tenaga terbaharu
  2. Perlombongan - Sumber pendapatan baharu
  3. Produktiviti tahap tinggi sektor pertanian komersial dan komoditi
  4. Perkilangan hiliran nilai tinggi
  5. Menghijaukan semula Sarawak melalui industri penanaman hutan secara agresif
  6. Kepelbagaian Pelancongan
  7. Perkhidmatan sosial berkualiti untuk rakyat
  8. Tenaga boleh diperbaharui - bekalan masa depan
  9. Penyelarasan masa depan pendidikan dan sumber manusia
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#COVID-19
#ekonomi digital
#Kelestarian alam sekitar
#Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak
#pasca COVID-19
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan