awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebanyak 96 berita palsu disebarkan termasuk guna jenama Astro AWANI, tiga individu disiasat

Reuters
Reuters
01/04/2026
11:48 MYT
Sebanyak 96 berita palsu disebarkan termasuk guna jenama Astro AWANI, tiga individu disiasat
Fahmi berkata, kandungan berkenaan dikesan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini. - Gambar Bernama
Sebanyak 96 kandungan palsu disebarkan di media sosial termasuk yang menggunakan jenama agensi media seperti Astro AWANI.
Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, kandungan berkenaan dikesan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.
“Sejumlah 96 kandungan yang telah dikenal pasti oleh MCMC yang bersifat palsu, yang juga disahkan oleh Kementerian Kewangan atau yang dalam beberapa kes, guna logo berita sama ada Astro AWANI atau TV3.
“MCMC dalam kenyataan pagi tadi memaklumkan, tiga individu yang telah disahkan menyebar maklumat palsu telah dipanggil, dirakam percakapan dan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam sidang media mingguan di Angkasapuri Kota Media pada Rabu.
Sementara itu, Fahmi memaklumkan, dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam dalam peringkat akhir untuk diperhalusi sebagai sebahagian usaha memperkukuh pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel ketika krisis global.
Jelasnya, Jemaah Menteri sudah menerima taklimat terkini berhubung perkembangan dasar berkenaan, dengan beberapa aspek akhir sedang dimuktamadkan sebelum pengumuman rasmi dibuat.
"Ketua Setiausaha Negara memaklumkan terdapat beberapa perkara terakhir yang sedang diperhalusi sebelum dasar ini boleh diumumkan, termasuk kaedah pelaksanaannya dalam sektor awam. Dasar BDR ini akan dibuat secara berperingkat dan bukan hanya tertakluk pada Putrajaya, tetapi dalam fasa pertama akan babitkan kawasan lain juga,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata sektor swasta turut digalakkan mengambil pendekatan sama selepas mengambil kira ada syarikat yang masih mengamalkan aspek berkenaan selepas pandemik COVID-19.
Mengulas perkembangan lain, Fahmi berkata, Shamsul Azri turut diarahkan untuk meneliti semula proses permohonan lesen perniagaan yang membabitkan pelbagai agensi dan kementerian bagi memastikan ia lebih cekap serta tidak membebankan industri.
Beliau berkata, kerajaan mengambil maklum terdapat permohonan lesen tertentu memerlukan koordinasi daripada banyak jabatan sehingga mengambil masa terlalu lama atau tidak munasabah.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#berita palsu
#Bekerja Dari Rumah
#Shamsul Azri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan