awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor pelancongan berupaya jana ekonomi, wujudkan kesan limpahan - Anwar

Bernama
Bernama
23/01/2024
08:34 MYT
Sektor pelancongan berupaya jana ekonomi, wujudkan kesan limpahan  - Anwar
Anwar berkata, kerajaan perlu cepat membangunkan produk dan infrastruktur pelancongan bersama pemain sektor swasta. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sektor pelancongan berupaya menjana aktiviti ekonomi dan mewujudkan kesan limpahan kepada sektor ekonomi lain yang berkaitan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi catatan di Facebook hari ini, beliau berkata ia termasuklah dalam meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
"Kerajaan perlu cepat membangunkan produk dan infrastruktur pelancongan bersama pemain sektor swasta," katanya.
Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) yang turut dihadiri menteri-menteri dan pegawai kanan jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan.
"Saya turut singgung pentingnya mempermudah dan mempercepatkan proses kelulusan berkaitan, serta menambah baik operasi khususnya di lapangan terbang.
"Di samping itu, kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin dalam mencapai sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026)," katanya.
Mesyuarat jawatankuasa itu khusus bertujuan menyelaras pembangunan industri pelancongan dan kebudayaan dalam memajukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan pilihan utama dunia menjelang VM2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#sektor pelancongan
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan