awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor pertanian, agromakanan rugi RM111.95 juta akibat banjir - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
05/01/2023
09:59 MYT
Sektor pertanian, agromakanan rugi RM111.95 juta akibat banjir - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu menyampaikan ucapan perasmian pada majlis penyerahan kit bantuan banjir kepada kakitangan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) di Dewan Seri Wangi, Ibu Pejabat FAMA Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Sektor pertanian dan agromakanan mengalami kerosakan dan kerugian berjumlah RM111.95 juta akibat bencana monsun timur laut (MTL) yang berlaku bulan lepas.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Mohamad Sabu berkata laporan Pusat Pengurusan Bencana MAFS merekodkan kerosakan dan kerugian itu meliputi sekitar 24,700 hektar kawasan pertanian.
Beliau berkata kerosakan dan kerugian itu melibatkan 12,000 orang petani, penternak serta pengusaha agromakanan di seluruh negara.
"Bagi meringankan beban ditanggung, program MAFS Prihatin menyediakan 6,700 kit sedia untuk dimasak, 3,000 kit sedia untuk dimakan dan 1,000 kit kebersihan kepada komuniti angromakanan yang terjejas.
"Sumbangan tersebut melibatkan peruntukan RM1 juta sebagai menyantuni komuniti agromakanan yang terjejas akibat bencana di seluruh negara," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kit Bantuan Banjir kepada 350 warga MAFS Kelantan, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha MAFS Datuk Haslina Abdul Hamid.
Bagaimanapun, Mohamad berkata bekalan makanan negara masih terjamin.
"Bekalan makanan terjamin dan mencukupi kerana banjir hanya di Pantai Timur... di Pantai Barat tidak terancam sangat," katanya.
-- BERNAMA
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#sektor pertanian dan agromakanan
#monsun timur laut
#banjir
#Mohamad Sabu
#PM10
#Tumpuan PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan