awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan lokasi dipasang Starlink di Sabah Januari tahun depan - Fahmi

Bernama
Bernama
28/10/2023
10:16 MYT
Sembilan lokasi dipasang Starlink di Sabah Januari tahun depan - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap pada program “Kita MADANI” peringkat negeri Sabah di Dewan Pisompuruan Kampung Kobuni Inanam, hari ini. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memasang unit peranti satelit Starlink fasa dua di Sabah seawal Januari tahun depan.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata pemasangan unit peranti satelit Starlink itu akan melibatkan sembilan lokasi di negeri ini dan salah satunya ialah di Inanam.
"Pemasangan unit Starlink ini dijalankan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan saya minta pasukan pastikan di Inanam cari satu tempat (pemasangan Starlink).
Dua unit satelit Starlink fasa pertama (kini) sedang dipasang iaitu satu di Pensiangan dan Ranau. Esok saya akan ke Ranau untuk melihat pemasangan unit Starlink," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kita MADANI di Dewan Pisompuran Kampung Kobuni, Inanam di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Chan Foong Hin.
Fahmi berkata Starlink telah diberikan lesen oleh kerajaan sejak Julai lalu sebagai syarikat penyedia perkhidmatan internet bagi meningkatkan keupayaan internet di negara ini.
Dalam pada itu, Fahmi berkata inflasi dalam sektor komunikasi kekal pada kadar -3.7 peratus yang menunjukkan satu perkembangan yang baik.
Beliau berkata ia berikutan penyedia perkhidmatan internet mengurangkan harga internet kepada pengguna.
Mengenai program Kita MADANI yang diadakan itu, Fahmi berkata maklumat yang sahih dan benar dapat disampaikan kepada komuniti.
Katanya komuniti MADANI di setiap kawasan Parlimen diwujudkan untuk membantu kerajaan negeri mahupun Persekutuan menyampaikan setiap maklumat yang tepat kepada komuniti.
"Ini penting agar dasar Kerajaan Persekutuan dan negeri dapat disampaikan hingga ke peringkat akar umbi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#satelit Starlink
#Sabah
#Kementerian Komunikasi dan Digital
#Internet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan