awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan rakyat Malaysia meninggalkan Lubnan, 15 lagi dalam proses - Wisma Putra

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
01/10/2024
15:36 MYT
Sembilan rakyat Malaysia meninggalkan Lubnan, 15 lagi dalam proses - Wisma Putra
Sejak 23 September, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap apa yang didakwa sebagai sasaran Hezbollah di seluruh Lubnan. - Reuters
BEIRUT: Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut memaklumkan bahawa sembilan rakyat Malaysia telah meninggalkan Lubnan secara sukarela.
Perkara itu seperti yang disahkan Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa.
"Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut sedang dalam persediaan evakuasi 15 lagi rakyat Malaysia bersama tiga warganegara asing yang merupakan pasangan kepada rakyat Malaysia yang masih berada di Lubnan.
"Sementara itu, empat rakyat Malaysia memilih untuk terus kekal di negara itu," memetik kenyataan itu.
Tambah Wisma Putra, empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan meneruskan operasi di Lubnan sehingga dimaklumkan kelak.
Malaysia sekali lagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel yang berterusan melancarkan serangan ketenteraan melalui serangan udara dan darat terhadap Lubnan.
Kerajaan menegaskan kekejaman Israel ini secara jelas telah melanggar piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa yang mengancam keselamatan, kestabilan serta kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan.
Sejak 23 September, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap apa yang didakwa sebagai sasaran Hezbollah di seluruh Lubnan yang mengorbankan lebih 1,057 orang dan mencederakan lebih 2,950 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.
Beberapa pemimpin Hezbollah terbunuh dalam serangan itu termasuk pemimpin utamanya, Hassan Nasrallah.
Hezbollah dan Israel terlibat dalam perang rentas sempadan sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada Oktober tahun lalu.
Masyarakat antarabangsa memberi amaran bahawa serangan Israel di Lubnan boleh mencetuskan perang serantau yang lebih meluas.
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#rakyat Malaysia
#lubnan
#beirut
#serangan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan