awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua bilik gerakan banjir di Kelantan diaktifkan - Menteri Besar

Bernama
Bernama
26/02/2022
06:42 MYT
Semua bilik gerakan banjir di Kelantan diaktifkan - Menteri Besar
Ahmd Yakob berkata, jentera kerajaan sudah siap siaga dengan kerjasama bersepadu pasukan keselamatan, wakil-wakil rakyat termasuk pasukan sukarelawan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Semua bilik gerakan banjir di bawah Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) setiap jajahan di Kelantan telah diaktifkan dan berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi bencana banjir kali ini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata ia turut melibatkan kerjasama daripada agensi yang terlibat seperti pasukan keselamatan, wakil-wakil rakyat termasuk sukarelawan.
"Jentera kerajaan sudah siap siaga dengan kerjasama bersepadu pasukan keselamatan, wakil-wakil rakyat termasuk pasukan sukarelawan untuk memastikan proses pemindahan dan agihan bantuan keperluan asas banjir berjalan lancar, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad turut menyeru supaya semua rakyat berwaspada dan mematuhi segala arahan keselamatan yang dikeluarkan termasuk arahan berpindah dan meningkatkan kawalan kendiri serta memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi terutama ketika berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menunjukkan peningkatan setakat 2 petang ini, iaitu seramai 1,554 orang berbanding 853 mangsa pagi tadi yang ditempatkan di 28 PPS dengan melibatkan empat jajahan iaitu Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bilik gerakan
#Ahmad Yakob
#Kelantan
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan