awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua pulau peranginan di Terengganu dijangka ditutup bermula Oktober

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2018
09:56 MYT
Semua pulau peranginan di Terengganu dijangka ditutup bermula Oktober
Semua pulau peranginan di Terengganu akan ditutup bermula Oktober ini bagi mengelak insiden tidak diingini-foto perhentian.com.my
Semua resort dan chalet di pulau peranginan sekitar Terengganu dijangka ditutup kepada pelancong bermula Oktober ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, penutupan itu dibuat sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.
Katanya, pelancong juga perlu peka dengan keadaan cuaca semasa sebelum berkunjung ke pulau peranginan di negeri berkenaan.
''Bermula bulan Oktober sehingga Februari depan memang mencabar. Kami sudah berbincang dengan pengusaha dan mereka mengharapkan pelancong untuk datang tetapi keselamatan itu lebih penting,'' katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri lebih mengutamakan isu keselamatan dan langkah penutupan bermula Oktober ini adalah demi menjaga kepentingan pelancong serta industri itu sendiri.
Selain itu katanya, isu keselamatan pelancong di pulau-pulau peranginan juga menjadi tumpuan terutamanya di Pulau Perhentian selepas beberapa insiden kecurian dilaporkan.
''Timbalan Ketua Polis Negara dan wakil-wakilnya akan melawat sendiri Pulau Perhentian untuk melihat sendiri isu keselamatan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi menjamin keselamatan pelancong,'' ujarnya.
Sementara itu, Ariffin turut meminta pengusaha resort dan chalet agar mengambil kesempatan sempena penutupan ini untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaran serta menaik taraf penginapan mereka.
Topic Berkaitan
#bot
#karam
#keselamatan
#nelayan
#pelancong
#pelancongan
#pelancongan Terengganu
#pulau tutup
#tengkujuh
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan