awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IEA beri amaran Eropah mungkin hadapi kekurangan bahan api jet dalam beberapa minggu
PM Australia berlepas pulang, akhiri lawatan rasmi ke Malaysia
Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semut dijual hingga AS$220 seekor, pemerdagangan hidupan liar baharu muncul di Kenya

Astro AWANI
Astro AWANI
29/03/2026
02:03 MYT
Semut dijual hingga AS$220 seekor, pemerdagangan hidupan liar baharu muncul di Kenya
Semut ini popular dalam kalangan penggemar haiwan eksotik di Eropah dan Asia, yang memeliharanya dalam bekas lutsinar bagi tujuan pemerhatian. - Foto REUTERS
Seekor ratu semut di Kenya kini boleh dijual sehingga AS$220 di pasaran gelap antarabangsa, menjadikan serangga kecil itu sasaran terbaharu pemerdagangan hidupan liar global.
Di bandar Gilgil, di Lembah Rift Kenya, ratu semut penuai Afrika gergasi (Messor cephalotes) diburu ketika musim hujan, apabila semut bersayap keluar berkelompok untuk proses mengawan.
Ratu semut yang telah disenyawakan amat bernilai kerana mampu membina koloni baharu dan hidup selama berdekad-dekad.
Semut ini popular dalam kalangan penggemar haiwan eksotik di Eropah dan Asia, yang memeliharanya dalam bekas lutsinar bagi tujuan pemerhatian.
Urus niaga haram lazimnya dilakukan secara dalam talian dan semut mudah diseludup kerana pengimbas keselamatan sukar mengesan bahan organik.
Pihak berkuasa Kenya mula menyedari skala perdagangan ini tahun lalu selepas 5,000 ratu semut ditemui hidup di sebuah rumah tumpangan berhampiran Naivasha.
Beberapa suspek tempatan dan warga asing ditahan dan disabitkan kesalahan penyeludupan spesies hidupan liar.
Pakar memberi amaran aktiviti ini boleh merosakkan ekosistem, kerana semut penuai memainkan peranan penting dalam penyebaran benih dan kesihatan padang rumput.
Penyingkiran ratu semut pula boleh menyebabkan koloni runtuh sepenuhnya.
Walaupun pengumpulan semut dibenarkan secara sah dengan permit khas di Kenya, pihak berkuasa berkata tiada permohonan rasmi diterima setakat ini.
Kebimbangan kini meningkat bahawa perdagangan tidak terkawal ini boleh memberi kesan buruk kepada biodiversiti tempatan dan pertanian di negara lain sekiranya spesies asing terlepas ke alam liar.
Topic Berkaitan
#ratu semut
#pasaran gelap
#pemerdagangan hidupan liar
#semut penuai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan