awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lelaki ditahan disyaki terlibat kes rasuah Puspakom

Bernama
Bernama
04/01/2025
02:15 MYT
Seorang lelaki ditahan disyaki terlibat kes rasuah Puspakom
Suspek akan direman di Mahkamah Putrajaya pagi ini.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di ibu negara.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan suspek berumur 40-an itu ditahan petang semalam hasil kolaborasi strategik antara suruhanjaya itu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Individu terbabit telah diserahkan oleh JPJ kepada SPRM petang tadi (semalam) dan ditahan selepas dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
"Siasatan awal telah mendapati suspek membuat bayaran rasuah berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan yang diperiksa, sebagai balasan untuk meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom," menurut kenyataan itu.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009 dan suspek akan direman di Mahkamah Putrajaya pagi ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan penahanan terbabit mencerminkan komitmen teguh SPRM dan JPJ dalam memastikan proses pemeriksaan kenderaan terus terpelihara dan bebas daripada sebarang amalan rasuah.
"SPRM menegaskan komitmennya untuk terus memerangi rasuah, khususnya yang melibatkan sektor penguatkuasaan, demi memastikan perkhidmatan awam di negara ini kekal telus, berintegriti dan dipercayai rakyat," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#Puspakom
#JPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan