awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
Pengurusan strategik hadapi fenomena "Hydroclimatic Whiplash" - Sultan Nazrin
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepanyol nyahrahsia dokumen rampasan kuasa 1981 untuk hapus teori konspirasi

Astro AWANI
Astro AWANI
25/02/2026
22:19 MYT
Sepanyol nyahrahsia dokumen rampasan kuasa 1981 untuk hapus teori konspirasi
Imej Tejero meluru ke dewan dengan sepucuk pistol menjadi simbol bagaimana demokrasi Sepanyol nyaris runtuh. - Foto X/Pablo
Kerajaan Sepanyol akhirnya membuka lebih 150 fail sulit berkaitan cubaan rampasan kuasa pada 1981, langkah yang dilihat sebagai usaha menamatkan puluhan tahun spekulasi dan teori konspirasi mengenai peristiwa itu.
Fail-fail tersebut didedahkan pada hari yang sama ketua komplot, Antonio Tejero Molina, meninggal dunia pada usia 93 tahun.
Pada 23 Februari 1981, Tejero dan sekumpulan pegawai bersenjata menyerbu Parlimen ketika kerajaan baharu sedang mengangkat sumpah.
Tindakan mereka bertujuan mengembalikan pemerintahan ala diktator selepas era Francisco Franco berakhir enam tahun sebelumnya.
Imej Tejero meluru ke dewan dengan sepucuk pistol menjadi simbol bagaimana demokrasi Sepanyol nyaris runtuh, sehinggalah Raja Juan Carlos tampil melalui siaran televisyen menolak pemberontakan dan mengarahkan tentera kekal di berek.
Dokumen yang dinyahrahsia merangkumi laporan polis dan mahkamah, komunikasi pegawai kerajaan, serta reaksi negara luar.
Namun, tiada pendedahan besar yang mengubah naratif sejarah.
Bagaimanapun, ada butiran baharu, antaranya penglibatan enam anggota perisikan dalam plot berkenaan, serta anggaran bahawa cubaan pasukan khas memasuki Parlimen ketika itu boleh menyebabkan sehingga 110 korban.
Pentadbiran Perdana Menteri Pedro Sánchez menyifatkan penyimpanan dokumen ini sebagai “kejanggalan sejarah” dan percaya pendedahan fail boleh mengekang teori konspirasi, termasuk dakwaan bahawa Raja Juan Carlos mengetahui atau terlibat dalam plot tersebut.
Fail turut mengandungi ucapan sokongan pemimpin antarabangsa sejurus rampasan kuasa gagal, termasuk mesej Ratu Elizabeth II kepada Raja Juan Carlos yang menzahirkan kelegaan atas perkembangan itu.
Topic Berkaitan
#nyahrahsia
#dokumen
#rampasan kuasa
#Antonio Tejero Molina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan