awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan AS-Israel mengenai bangunan menempatkan pejabat TV Al Araby di Tehran

Bernama
Bernama
29/03/2026
13:22 MYT
Serangan AS-Israel mengenai bangunan menempatkan pejabat TV Al Araby di Tehran
Semua kakitangan dilaporkan selamat selepas serangan ke atas bangunan yang menempatkan pejabat Al Araby di Tehran. - Reuters

Serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel mengenai sebuah bangunan yang menempatkan pejabat rangkaian televisyen Al Araby di ibu negara Iran, Tehran, pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan saluran berpangkalan di Qatar itu di platform media sosial X.

Menurut kenyataan itu, semua kakitangan selamat selepas serangan ke atas bangunan yang menempatkan pejabatnya di Tehran. Rakaman video yang disiarkan oleh saluran itu menunjukkan kerosakan besar pada tingkat dua dan tiga bangunan berkenaan, yang merupakan lokasi pejabatnya.
Amerika Syarikat dan Israel meneruskan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Tehran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#serangan
#konflik Asia Barat
#Amerika Syarikat
#Israel
#Tehran
#al araby
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan