awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan AS-Israel musnah lebih 85,000 kawasan awam di Iran - Ketua Bulan Sabit Merah

Bernama
Bernama
25/03/2026
10:08 MYT
Serangan AS-Israel musnah lebih 85,000 kawasan awam di Iran - Ketua Bulan Sabit Merah
Lebih 85,000 kawasan awam musnah sejak bermulanya konflik Amerika Syarikat(AS)-Israel. - Gambar fail/REUTERS
Lebih 85,000 kawasan awam musnah sejak bermulanya konflik Amerika Syarikat(AS)-Israel, lapor Anadolu Ajansi memetik Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Iran pada Rabu.
Pirhossein Kolivand berkata, 85,176 lokasi awam terjejas termasuk 64,583 unit kediaman dan 19,690 hartanah komersial, lapor Agensi Berita Mehr.
Wilayah Tehran mengalami kerosakan paling teruk, katanya, sambil menambah 282 pusat perubatan dan 600 sekolah menjadi sasaran.
Kolivand berkata, tindakan sedemikian termasuk dalam "jenayah perang" di bawah Konvensyen Geneva.
AS dan Israel telah meneruskan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, mengorbankan setakat ini lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ali Khamenei.
Tehran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.
Konflik mengakibatkan kecederaan dan kemusnahan infrastruktur selain menjejaskan pasaran global dan penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Serangan AS-Israel
#konflik Asia Barat
#Bulan Sabit Merah
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan